SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Kool FM lebih baik daripada Sinar FM dan Suria FM

3:51 PTG | Nazir Aziz
Tak sabar rasanya aku nak dengar radio baru milik Media Prima Berhad ni, Kool FM, yang akan memulakan operasi pada 03 Mac 2016, kiranya tarikh keramatlah ya, nanti 10 tahun akan datang bila di tanya nanti Bilakah tarikh rasmi stesen Radio Kool FM beroperasi, hemmm jangan garu kepala, jawapannya 03 03 2016, 

Tinggalkan tentang tarikh mula operasi stesen radio Kool FM tu, kita cerita pasal genre muzik radio ini, genre muzik untuk radio ni lebih kurang sama dengan Suria FM dan Sinar FM, sasaran golongan untuk mereka yang berumur 22 tahun sehingga 44 tahun,

Jadi

akan datang siapa lebih hebat dan siapa lebih mampu menarik pendengar,

kita tengok je nanti ya, sekarang ini pun kita lihat pertumbuhan stesen radio berlambak-lambak macam cendawan selepas hujan, dan sampai kita tak tahu nak pilih yang mana satu, mana taknya, semua ada target dan khusus pada sasaran kumpulan pendengarnya tersendiri, yang lagi best diorang gunakan selebriti popular untuk menarik pendengar untuk terus setia, apa-apa je lah, tak nak bagi pedas-pedas taip entri ini, nanti takut orang menyampah pula, tapi bagus juga bagi orang menyampah, nanti boleh dapat viral percuma, hahahah,

Itu semua hanya gurauan dan yang pasti Kool FM diharapkan tidak hanya "Indah Khabar dari Rupa", takut promosi je gempak gila, tapi pengisiannya nanti hancur, kiranya, sama je slot dan segmen dengan stesen radio yang ada di Malaysia, balik-balik gelak kuat-kuat, terpekik, terlolong, lepas tu menyindir sesama-sendiri, dan yang lagi best tak habis-habis dengan slot iklan, upsss terover pulak aku, ini cuma nak meluahkan rasa supaya Kool FM ini diharap dapat menyediakan slot program yang terbaik untuk kami ni yang sebagai kumpulan sasarannya, maklumlah umur-umur kami ni nak sesuatu yang lebih bermaklumat, bukan nak kata kelakar dan lawak-lawak bodoh tu tak boleh, tapi biarlah dikira boleh membuka pemikiran dan memberi sesuatu yang berfaedah jadi bila kita dengar radio kool FM nanti bukan semata-mata untuk hiburan saja.

 #dah tua rupaya aku ni,

ini sebagai perkongsian jangan hentam blog aku, sebab blog aku divo.

Kool FM lebih baik daripada Sinar FM dan Suria FM
Kool FM,memfokuskan kepada Muzik  80-an, 90-an, dan lagu Hit terkini

Kool FM lebih baik daripada Sinar FM dan Suria FM
Antara Barisan Penyampai Kool FM, yang pasti Temanmu, Muzikmu

Frekuensi 101.3FM di Lembah Kelang dan 90.2FM di Pulau Pinang


Berikut senarai segmen yang akan ke udara melalui radio Kool FM : 
Segmen : Pagi di Kool FM (PHD Kool FM)Jam : 6 pagi hingga 10 pagiPenyampai Radio : Haiza & AG


Segmen : Muzik di KoolJam : 10 pagi hingga 3 petangPenyampai Radio : Liza


Segmen : Petang di KoolJam : 3 petang hingga 7 Penyampai Radio : Ikhwan dan Farid


Segmen : Refleksi KoolJam : 7 malam hingga 8 malam.Penyampai Radio : Prof Dr. Muhaya


Segmen : Malam KoolJam : 8 malam hingga 12 tengah malamPenyampai Radio : Ezaq


Ikuti KOOL FM di Instagram dan Twitter @koolfmmy.




Tiada ulasan: