SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Bagaimana untuk viralkan blog kita - Sambungan 2

5:15 PTG | Nazir Aziz
Sambungan :
Bagaimana untuk viralkan blog kita - Sambungan 2
Bagaiman untuk viralkan blog kita, Maki dan dibenci, lagi orang menyampah lagi ramai yang akan menonton atau mengikuti apa yang telah kita hasilkan, tapi awas, jika berani jolok sarang tabuan, maka perlu bersedia terima kesakitan apabila di sengat

Entahlah budak-budak gen Y biasalah hidup dalam dunia popular, sikit-sikit nak viral, sikit-sikit nak tag gambar dan sebarkan, sikit-sikit nak tunjuk itulah inilah....macam-macamlah ko ni,  macam aku lah, sikit-sikit nak pergi cerita kat blog lepas tu minta fan blogger baca dan lawat, entah apa pula seterusnya langkah mempopularkan diri dan yang pasti nak orang klik kat iklan blog kita tu, lagi ramai yang klik lagi untung lah kita yeop, itu semua gara-gara nak memviralkan blog, tapi tak popular pun, siapa je yang nak ikut dan follow ko punya blog ni, mereka semua dah ada blog, dan blog mereka lagi cantik dan menarik, mudah kata daripada mulut lesarku ini blog ko tu buruk sangat siapa je yang nak lawat, tak de kuasa aku nak baca!!!

Itu sebablah aku tolong taipkan pada post ni "Bagaimana untuk viralkan blog kita". hello korang-korang yang gila dengan viral memviral ni aku tengok keruan sangat korang nak popular atas penderitaan orang lain, yup aku nak memaki hamun sikit kat sini, biasanya korang akan  pantang benda-benda yang dianggap terlalu sensitif dan mulalah nak  dijadikan bahan untuk mempopularkan status, aku tak nak bagi contoh yang jelas korang carilah sendiri, lagipun korangkan dah bijak belaka, terutama pada gossip-gossip ni, persoalannya harus dan perlu ke viralkannya, kenapa aku tulis benda ni sebab mudah je aku nak kata, kalo korang nak dapat page view dan seterusnya blog korang jadi famous, pergi cari cerita-cerita yang hot, dan meletop macam cerita-cerita artis kontroversi tu, kemudian korang bagi api pada cerita tersebut, lepas tu confirm berapi-api orang datang membaca, jadi secara tak tersengaja orang akan datang dan sedar kehadiran kita, so, point pertama,  korang tak payah berkerut dahi membaca aku punya penulisan ni yang tongang terbalik yang pasti  adalah buat orang terus menyampah dan benci pada apa yang korang lakukan, lagi orang menyampah lagi akan popular, dan yang pasti kalo korang nak rasa kena saman cubalah banyak-banyak sebarkan fitnah terutama pada orang yang popular, confirm popular bukan saja orang pandang tetapi pihak wartawan pun datang mencari, #jangan hentam blog aku sebab blog aku divo.

Bagaimana untuk viralkan blog kita - Sambungan 3

Tiada ulasan: