SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan

5:50 PTG | Nazir Aziz

Kat mana-mana ada warung kelantan, tak kisah sedap ke tidak tapi yang pasti memang orang kelantan ni kaki berniaga, tapi aku rasa excited pula bila masuk kedai kelantan yang satu ni, kedai dia kat Petaling Jaya, aku tak nak sebut kedai mana nanti tak pasal-pasal pemilik kedai makan kelantan tu tendang aku, gara-gara aku kata coffee thai ko tu memang menipu.

Mula-mula tengok orang order coffe thai aku rasa teruja pulak, apa yang membuatkan aku teruja adalah cara pembungkusan air yang berbeza daripada yang ada di Malaysia, oo aku fikir macam tu rupanya bentuk pembungkusan air, memang teruja dan kreatif aku pun order jelah kat pelayan minah yang pekat cakap kelantan, dia kata ada macam-macam perasa untuk coffe thai ini, ada Tea hijau, Nescafe, dan entah macam-macamlah order je, pasti sedap, 

aku pun teruja nak cuba nescafe thai,
siap je aku terus snap picture, kononnya aku nak viralkan coffee thai daripada kedai makan kelantan yang hot di pasaran ini, tapi entahlah aku macam rasa tertipu gara-gara coffee thai tu

Harganya RM 3.50

Rupanyakan korang, coffee thai tu sama je macam nescafe ais yang boleh korang minum di kedai mamak tu, lepas tu mak aii...bapak....banyak gila air batu, boleh digunakan untuk air yang lain..
itulah disebalik produk yang kononnya Thai, tapi hakikatnya hanya menumpang populariti produk thai

Korang nak cuba, Jom lah ke warung kelantan di Seri Setia Petaling Jaya



Bungkusan diterima

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Excited pula, bawa balik tak sabar nak cuba

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Snap gambar jap!

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Ooo...Macam nescafe ais kedai mamak pulak

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Setelah habis air disedut, tinggallah air batu yang banyak gila

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Aduh, air batu masih tak habis, 
Misteri penipuan kedai makan kelantan telah terungkai

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau kat Kelantan, air ni sangat femes masa bulan ramadhan.. Air tu letak dalam paper beg tuk lambatkan proses pencairan ais... And ice tu taruk banyak2 sebab u know, bulan ramadhan. tunggu bukak puasa baru boleh lantak makanan n minuman. Air dia memang pekat sampai boleh buat kencing manis. that's why ais banyak.. Bila ais cair, air jadi kurang manis.. sedap diminummm.. tu la kisahnyaa.. ahhahahaha... saya masa ngaji kat Pengkalan Chepa dulu, sokmo beli air thai ni.. sampai tahun lepas, 2015, saya dan classmate bukak kedai dekat blok asrama jual air nii bulan ramadhan. serius masyuk weiii. modal sikit jeee...

Keladi Ubi berkata...

ooo..jadi memang perlu letak banyak-banyak ais la...ingat saja je..trik bisnes katakan..hihihi