SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Info tentang Keguguran Rambut

12:45 PTG | Nazir Aziz
Hai korang semua yang sedang membaca artikel ini, macam biasalah blog ini bukan nak cerita tentang orang lain tetapi saja nak menghentam pada isu yang dianggap viral, hihihi tapi tak semua aku tulis tentang perkara buruk ada je benda-benda yang baik untuk di ambil pengajaran dan diikuti, jadi jika korang tension dengan blog aku ni, mudah je aku katakan "Jangan Hentam Blog Aku"

Korang untuk entri kali ini aku nak share info kat korang, info ni aku rasa tak terlalu sensitif sebabnya ramai orang mengalaminya, aku pun mengalaminya, hemmm mugkin ada sebab dan faktor kot penyakit ini tetap akan terjadi kepada , yup aku istilah kan je rambut gugur ni sebagai penyakit. tengok orang yang rambut menipis ni aku rasa takut pulak, memanglah orang kata kalo lelaki botak ni baru nampak macho, tapi itu bukan aku, sebab mengikut kesesuai juga pada diri seseorang, tak boleh diguna pakai, kiranya memang rambut aku tak boleh botak, jeng! jeng! jeng!, tapi kalo penyakit tu berlaku kat aku, apa yang harus aku lakukan?, hemmmm pergi Yun Nam Hair Care Kot, hihihihihi, entah lah yang pasti aku perlu jaga makan dan cuba petua-petua rambut kekal lebat dan bersinar kat internet tu, dan untuk entri ini aku nak cerita tentang info Keguguran Rambut.

Info tentang Keguguran Rambut
Rambut gugur adalah masalah yang sering berlaku kepada kita,
mugkin disebabkan faktor pemakanan ataupun keturunan,
tapi sekarang banyak rawatan yang ditawarkan untuk penyakit ini.

PERTUMBUHAN RAMBUT BERLAKU DALAM TIGA FASA IAITU :

  • Fasa Anagen : Penumbuhan aktif dalam jangka masa dua hingga enam tahun.
  • Fasa Catagen : Rambut berhenti aktif dari jangka hayat dua hingga tiga minggu
  • Fasa Telogen : Rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua hingga tiga bulan
Dalam setiap masa, kira-kira 90 peratus rambut dalam fasa anagen dan dalam setahun, secara purata rambut kita memanjang sebanyak 15.3 sentimeter. Namun, semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

BOTAK MENGIKUT CORAK LELAKI :
  • Penyebab biasa adalah faktor keturunan
  • Boleh berlaku seawal umur 20-an
  • Mula botak dibahagian depan dan atas kepala.
BOTAK MENGIKUT CORAK WANITA :
  • Wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/ keturunan
  • Rambut semakin nipis di seluruh kepala, terutama di bahagian atas
PENYEBAB LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG TERUK IALAH :
  • Jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
  • keguguran rambut berlaku tidak sekata.
  • Alopecia Areata, ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun, iaitu liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.ia boleh menyebabkan tompokan botak, botak di keseluruhan kepala (alopecia totalis) dan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan ( alopecia universalis)
  • Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka. ia biasanya dialami remaja perempuan berbanding lelaki.ia dikaitkan dengan masalah kemurungan.
MASALAH KEGUGURAN RAMBUT :
  • Masalah hormon
  • Penyakit kelenjar tiroid
  • disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
KESAN SAMPINGAN UBATAN :
  • Ubatan Antikogulasi (Warfarin)
  • Ubatan merawat kanser ( Kemoterapi)
  • Pil perancangan keluarga ( Kontraseptif secara oral)
  • Ubat anti-kemurungan
PENYEBAB LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG TERUK IALAH
  • Jangkitan-jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
  • Keguguran rambut berlaku tidak sekata

Tiada ulasan: