SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

10 perangai buruk pekerja pejabat yang mesti dirungkai

1:49 PTG | Nazir Aziz
Hai korang semua, jangan hentam blog saya tau, entri ini, sengaja aku nak buka pekung didada, sebabnya, yang aku nak tulis ni adalah perangai buruk yang kiranya aku dan rakan-rakan sepejabat aku selalu lakukan dan perlu dirungkai, tapi aku rasa korang yang kat pejabat lain tu pun lakukan tak payah nak menjeling-jeling akulah!!!


  1. Datang Lewat dan balik tepat pada masanya : yang ini biasa dan paling banyak dilakukan, walaupun ada thumb print @ Punch Card ada aku kisah, hemmm malas betul nak gerak ke tempat kerja, nak-nak hari tu isnin....aduh dah pukul 0530 ni...angkat beg cepat, nanti terlepas pulak nak tengok drama melayu yang pukul 7 tu...
  2. Mengambil MC ataupun Emergency Leave sebab nak mengelak date line, tak pun sebab nak lari daripada mesyuarat yang perlu dihadiri : nak kata tak pernah buat, tapi memang aku pun kadang kala buat, tapi aku rasa ada je orang yang buat, tak payah nak berlagak poyoh lah, pura-pura MC konon, lepas ni minta list untuk nama-nama klinik yang mudah dapat MC, jangn lupa share ya, penting tu.
  3. Mengumpat dan melaga-lagakan rakan sekerja : ala politik pejabat, memang ini semua ada, nak-nak kat ofis tu ramai je orang melayu tapi aku tak pernah pulak kerja tempat yang ramai cina, tapi entah lah, budaya ini memang tetap ada dimana-mana organisasi kononnya tak boleh tengok orang lebih sikit, ada je yang nak dikatanya, upat-mengumpat ni perkara biasa, jika dulu mungkin kita nampak senario ni berlaku dikampung-kampung, la ni kat ofis pun ada kaki ngumpat, tapi si kaki ngumpat ni yang lebih dahsyat tak sedara orang pun cerita tentang dirinya juga, entahlah  labu....., layan jer lah
  4. Makan, makan dan terus makan, pantang ada je jamuan, golongan pekerja level ini biasanya yang excited, lepas tu jika tak ada jamuan pun ada je benda yang nak dimakan, dengan pisang gorengnya, dengan apa-apa entah makanan, waktu makan memang tepat, tapi buat kerja memang susah, banyak bunyi pulak tu.
  5. Menggunakan harta syarikat untuk kepentingan peribadi, yang ini aku selalu je buat, dan pada korang yang berlagak poyo tu tak payah nak menjeling, boleh kerat jari lah jika korang kata korang tak guna pun harta syarikat untuk tujuan peribadi, keculilah syarikat tu memang mak bapak korang yang punya.
  6. Membeli belah secara online, ooo yang ini biasa gurlz2 selalu buat, entah ler ada ker lelaki join sekaki nak membeli belah secara online ni, entahlah, mugkin ada kot, aku tulis ni sebab aku lihat gurlz2 kat ofis aku ni lebih tertarik nak berwindow shoping, jadi kiranya bagus ke tidak, boleh ketidak, entah lah, tak boleh nak kata apa, dah menteri pun suruh buat 2 kerja, inilah side incomenya.
  7. Media sosial, ala korang tak payah nak poyo, perangai buruk yang korang lakukan, mesti wajib buka Facebook guna destop office, semua orang buat, lepas tu syok sendiri dan entahlah semua tu dilakukan dan menjadi kewajipan kot.
  8. Tidak boleh ditegur, hohohoo, memang pun, orang duduk kat ofis ni baik kerani, officer sampai ke kumpulan pengurusan, semua tak boleh terima teguran, sebab aku pun sendiri rasa, bila orang tegur je, aku rasa geram, dan aku tengok orang kat ofis ni bila ditegur memang payah lah nak kata. Tarik muka dan mucungnya tu sebatu jauhnya.
  9. Tidur diwaktu kerja, yang ni aku pun buat tapi bila aku tak sihat la, minta kat bos nak rehat kejap, tapi ada je perangai buruk orang bekerja kat office  tidur diwaktu pejabat, ada ke ?,...memang ada tak caya, cek ler sendiri ...hemmmm, mesti ada punyalah bro.
  10. Buat kerja suka bertangguh......ala besok jelah aku siapkan, kan ada masa lagi, ala aku tak dapat siapkanlah, aduh macam mana ni, hemmmmmm, erkk, alamak dokumen tu hilanglah aku dah bagi kat dia tapi...entah la dokumen tu tak jumpa....( seribu satu alasan yang diberikan oleh si pemabawa perangai buruk kat pejabat) padahal silap dia sebab kerja yang diminta bertangguh sudahnya.......entah la...

Aku senaraikan 10 perangaai buruk pekerja ni adalah hanya sebahagian je, sebenarnya banyak lagi tau yg sepatutnya korang kena tau, kalo nak dituliskan ni memang macam-macam, ada yang kaki kipas lah, kaki membawa balik  barang ofis la, ada yang kaki tikam menikam dan macam-macam lagi tapi yang kat atas tu memang selalu dilakukan....korang jangan hentam blog aku sebab blog aku divo

Tiada ulasan: