SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk
728 x 90

Bagaimana untuk viralkan blog kita - sambungan 4

5:23 PTG | Pakcu
Bagaimana untuk viralkan blog kita
  1. Menarik : Jika kita bercerita tentang isu yang hangat dan masih baru diperkatakan di kalangan netizen confirm ada peluang nak menviralkan blog kita itu, tapi korang yakin ke boleh lakukan, nampak mudah tapi susah, aku dah cuba buat kat blog-blog aku yang lepas tak pun ada yang nak membacanya, malas nak ceritalah, kalo isu dan kupasan tentang cerita-cerita menarik tapi SEO blog fail tak boleh juga, sihir tak menjadilah orang kata, entah lah payah sangat, 
  2. Sangat mempengaruhi : sejak daripada dulu lagi kot orang @ manusia tertarik dengan sesuatu perkara yang boleh mempengaruhi diri ke arah keseronokan, jadi kalo nak jadikan viral untuk blog kita tu, cuba lah cerita tentang perkara yang mampu memberi inspirasi dan mempengaruhi emosi seseorang, tapi awas korang jika terjentik sarang tabuan, jangan nak mengadu sakit bila kena sengat. Jadi cuba cari sesuatu yang dapat mempengaruhi dan memberi kebaikan untuk orang lain. Untuk point yang ini juga aku dah berjaya hasilkan untuk blog-blog aku yang dulu, tapi masih kurang berjaya juga, aku rasa SEO blog aku tu masih tak mampu berfugsi dengan sempurna, hemmm susah betul lah.
  3. Tidak kena pada sasaran : yang ini aku tak taulah nak kata, ko cerita pasal tudung , pusing sana- pusing sini, lepas tu tudung tu nak kena pin bagai, tapi ko pergi invite abam-abam sado, ko rasa dia nak terus baca tip bertudung ko tu ke, confirmlah ko kena cari sasaran yang sesuai untuk baca ko punya niche blogtu, mana tau jika kena pada sasarannya, untung nanti blog kita akan jadi viral dan confirm page view datang mencurah-curah, page rank naik dengan mencanak nye, siapa yang tak nak dek non, aku pun suka, mudah nak jual beli, hemmm tak lah jadi macam aku ni, blog tak pun berjaya, macam tak ada orang pandang pulak, susah betul, mudah kata jangan kata abang tak payung!!!.
Sekian sudah serba ringkas tip kita ni ya, aku nak ulang semula tip yang aku kasi kat korang bagaimana untuk viralkan blog kita, sekurang-kurangnya bagi mereka yang tak suka membaca dan singgah blog aku akan teringat-ingat tip tu serba sikit, jadi jangan kata abang tak payung dan jangan pula hentam blog ni.

Cara nak viralkan blog
  • Cerita tentang perkara yang sensasi/ dan gossip
  • Cerita tentang pengalaman dan tips yang sangat diperlukan
  • Cerita tentang perkara yang dapat mempengaruhi emosi pembaca
  • Cerita tentang maklumat yang diperlukan oleh ramai/ pelajar
  • Cerita tentang perkara yang mempunyai ramai peminatnya
  • Cerita tentang perkara yang orang belum ketahui
  • Cerita tentang perkara yang orang paling menyampah
  • Cerita tentang kelemahan orang lain
  • Cerita tentang perkara yang memalukan
  • Cerita tentang perkara yang mengaibkan
Itu semua realiti yang berlaku sekarang ini, secara semula jadi memang orang suka terhadap perkara-perkara tu dan jangan korang hentam blog saya kerana blogku divo!!!!


Artikel berkaitan :

Bagaimana untuk viralkan blog kita
Bagaimana untuk viralkan blog kita- 2
Bagaimana untuk viralkan blog kita- 3