SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk
728 x 90

1001 Idea untuk memulakan perniagaan

3:20 PTG | Pakcu
100 Idea untuk memulakan perniagaan
Idea bisnes yang terbaik adalah Ilmu
Ramai jugakan nak berniaga zaman sekarang ni!", rata-rata bersungguh kot, ada yang nak buat loan lah, guna simpanan duit lah dan macam-macam lagi, dengan alasan nak hidup dengan banyak duit, maklum lah zaman sekarang ni mana lah cukup dengan duit gaji yang kecik nak dibandingkan dengan harga barang yang terus naik, naik dan naik lagi, hemmmm, tensionkan orang,

Okey, ada penasihat kewangan kata nak duit banyak kita kena berbisnes, jadi ada diantara kita yang terus bodoh-bodoh berniaga dengan tanpa ilmu, kesudahannya, perniagaan pun bankrup, lepas tu mulalah nak menyalahkan diri sendiri, jadi tak payah nak peningkan kepala korang, aku pun terikut pening nak mencari apakah bisnes yang sesuai untuk kita jalankan secara sampingan sementara kita masih bekerja, jangan terus berhenti tau, kita buat dulu, dan belajar selok belok perniagaan dulu, lepas dah okey baru berhenti dan buat bisnes sepenuh masa. 




Jom baca Idea perniagaan yang boleh kita jalankan, kalo rasa sesuai apa salahnya kita lakukan, jika ada rezeki masuk beb nanti, boleh dikomersialkan tau.

  1. Buka kedai secara online - Jual barang orang lain atau barang sendiri
  2. Jual kek , Cup Kek, atau apa jenis kek yang boleh dijadikan sajian pencuci mulut
  3. Perniagaan Coklat buatan sendiri, 
  4. Perniagaan cenderhati dan doorgift
  5. Pelaburan Forex dan Saham- yang ini kena belajar dulu tak boleh sebarangan
  6. Jadi Broker, tak kira jual tanah ke, kereta ke, saham ke, rumah ke, tapi kena ada ilmu.
  7. Ejen unit amanah - tengah terdesak ada ke orang masih nak simpan duit + melabur.
  8. Perniagaan kraftangan berasaskan bahan terbuang dan rotan- yang ni mesti kreatif tau
  9. Penternak Ikan Hiasan, Ikan air tawar, atau pun ikan-ikan yang ada nilai komersial
  10. Penternak Ayam- tak kisah lah ayam kampung ke, bandar ke - luas pasarannya tau
  11. Penternak Kambing / Lembu - bila tiba musim perayaan, untung beb.
  12. Pelaburan dinar emas / Perak - yang ini perlu ada ilmu dan modal
  13. Penamaman herba - Jual bahan mentah, ataupun jual pokok herba- potensinya luas
  14. Pemborong barang daripada china - sekarang dah mahal sikit, untung pun dah tak banyak
  15. Jadi Ejen, kepada produk orang
  16. Jadi Dropshipper kepada produk orang lain - yang ini kena bijak IT tau.
  17. Perniagaan Percetakan - T-shirt, Cenderahati, Kad Kahwin, Kad nama, dan lain-lain
  18. Penulis- yang ini luas skop nya, boleh menulis buku, artikel majalah, penulis hantu 
  19. Jadi tukang jahit - yang ini memang ramai kat kampung-kampung , tapi dibandar orang cina yang banyak buat.
  20. Freelancer - skop besar tau, korang boleh jadi jurugambar bebas, tenaga pengajar untuk kemahiran, tak kisah lah kelas memasak ke, menjahit ke, banyak lagi kerja-kerja freelance yang kita boleh terokai.
  21. Konsultan - yang ini pun banyak cabangnya, jika korang mahir bab pelaburan, boleh ambil lesen dan buat satu syarikat yang memberi nasihat tentang kewangan, banyak lagilah, biasanya bab konsultan ni orang tu mesti mahir dalam bidangnya
  22. Penjahit - macam-macam boleh buat jika korang memang mahir menjahit. peluang juga terbuka luas tau.
  23. Perancangan perkahwinan
  24. Perniagaan Kudap-kudapan - contohnya macam korang jual kerepek, biskut homemade
  25. Perniagaan E-Bay, 
  26. Jadi pemborong barang-barang daripada cina
  27. Join Affilliate program - yang ini korang kena tahu teknik dan skill internet
  28. Bisnes di pasar malam - banyak barang yang boleh dijual, tapi cuma korang kena sewa tapak jelah kat majlis.
  29. Bisnes Bazar karat - yang ini best, bila sudah dapat tapak, korang tinggal jual barang-barang terpakai je.
  30. Perniagaan kecantikan diri, contoh  SPA / saloon - sebenarnya kita boleh je buat di rumah atau walk inn call, mudah kan cabang perniagaan ni pun luas.
  31. Penulis Blog - okey, yang ini memang tak jauh beza dengan penulis artikel di majalah tu, tapi penulis blog ni lagi enjoy, sebab kita menulis bukanya terlalu formal sangat, macam blog ni lah, jika ada ramai followernya nanti, boleh lah sediakan tapak untuk peniaga-peniaga yang sudi mengiklankan produk mereka di blog kita nanti.
  32. Perniagaan air - yang ni pun mudah gak, kiranya jika tak ada tempat nak jual tu nampak sangat nak menipu, 
  33. Perniagaan kuih-muih , contoh korang boleh jual pada waktu pagi ke, petang ke
  34. Jadi Agen hartanah
  35. Perniagaan kentang putar
  36. Perniagaan percetakan cenderhati
  37. Perniagaan waffle
  38. Jadi cikgu bahasa - yang ini tak kisah kalo korang mahir bahasa jepun ke, bahasa cina ke, boleh buat duit tau, jadi cikgu bahasa.
  39. Pemandu pelancong- kalo tak nak jadi cikgu bahasa, korang jangan nak mempersia-siakan kemahiran tu, dan jadi lah pemandu pelancong, wow, sambil menyelam minum air tu.
  40. Perniagaan diinternet - peluang perniagaan di internet memang terbuka luas, dan pelbagai, jika kita mahir dan ada sedikit ilmu memang mudah nak buat duit, tapi korang jangan nak fikir hari ini buat besok dah dapat beribu-ribu, 
  41. Jual domain nama - apa tu domain name, kalo yang tak tau duduk diam-diam, yang tahu tu jangan nak lepas kan peluang ini
  42. Designer - ohh, bidang pengiklan  ni banyak mencari designer yang freelance, jadi kalo korang benar-benar kreatif cubalah cari job ini
  43. Bisnes buat blog atau pun website
  44. Jadi tukang urut - yang ni kena berhati-hati, ada gak tukuang urut ke lain.
  45. Buat duit dalam bidang pembersihan
  46. Tukang paip
  47. Pemandu teksi / Uber / Callcab
  48. Mekanik / foreman
  49. Jadi Tok Mudim bagi lelaki tau
  50. Tukang sembelih ayam - yang ini pun korang kena ada pengetahuan
  51. Ajar seni bela diri
  52. Penasihat Kewangan peribadi
  53. Web developer
  54. App developer 
  55. Service Komputer
  56. Pelatih senaman
  57. Pakar Motivasi
  58. Penghapus haiwan perasok
  59. Mengajar orang memasak, mengemas rumah, 
  60. Jadi kartunis 
  61. Homestay / sewa bilik
  62. Sewa Rumah
  63. SEO consultans
  64. Kauseling
  65. Pemandu Pelancong
  66. Interior Designer
  67. Lanscape Designer
  68. Personal Shopper
  69. Doktor Haiwan
  70. Hotel Kucing
  71. Pengasuh haiwan - biasa yang ini untuk anjing
  72. Software Developer
  73. Pengacara Majlis
  74. Pengawal peribadi
  75. Penyiasat pesendirian
  76. Sewa tanah
  77. Refleksologi
  78. Jadi Badut / magician / - untuk hiburkan kanak-kanak
  79. Jadi mak andam
  80. Pembaiki barang elekrik 
  81. Pengedar Risalah
  82. Jual Kucing Import yang bulu lebat tu
  83. Jadi Dropshiper 
  84. Broker saham
  85. Jual Pokok laman / hiasan
  86. Jadi pakar import / pakar Eksport
  87. Menjual Buku terpakai
  88. Menjual baju bundlle
  89. Penulis pemasaran
  90. Bisnes Jeruk
  91. Bisnes dalam industri pelancongan
  92. Jual bunga-bunga hiasan
  93. Tukang kasut.
  94. Tukang mandi haiwan peliharaan
  95. Buka Agency lakonan, tarian 
  96. Mengajar kanak-kanak mengaji al-quran
  97. Bisnes cakoi dan donnut
  98. Jual barang-barang recylce - contoh tin kosong, besi buruk
  99. Jual baju / tudung
  100. Sewa tapak untuk orang lain melakukan jualan.
  101. Jual pokok bonsai / kaktus dan lain-lain pokok yang ada nilai komersial
  102. Jadi bomoh penghalau hantu
  103. Jadi orang yang mahir setru rumah baru
Sebenarnya banyak lagi tau yang korang dan kita semua ni boleh lakukan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jadi yang aku listkan diatas tu, mugkin kalo kita btul-betul buat boleh jadi besar tau.


468 x 60










2 ulasan:

Tengkubutang berkata...

Hai.. Cakk..
done follow sini no 22
Jom berkenal kenalan kita..
Sudilah kiranya follow teman yea..
http://tengkubutang.blogspot.my/

kalau minat kucen.. boleh follow sini juga
http://kucenkucenbelog.blogspot.my/

Tengkubutang berkata...

cantik blog awak.. kemas