Idea bisnes yang terbaik adalah Ilmu |
Okey, ada penasihat kewangan kata nak duit banyak kita kena berbisnes, jadi ada diantara kita yang terus bodoh-bodoh berniaga dengan tanpa ilmu, kesudahannya, perniagaan pun bankrup, lepas tu mulalah nak menyalahkan diri sendiri, jadi tak payah nak peningkan kepala korang, aku pun terikut pening nak mencari apakah bisnes yang sesuai untuk kita jalankan secara sampingan sementara kita masih bekerja, jangan terus berhenti tau, kita buat dulu, dan belajar selok belok perniagaan dulu, lepas dah okey baru berhenti dan buat bisnes sepenuh masa.
Jom baca Idea perniagaan yang boleh kita jalankan, kalo rasa sesuai apa salahnya kita lakukan, jika ada rezeki masuk beb nanti, boleh dikomersialkan tau.
- Buka kedai secara online - Jual barang orang lain atau barang sendiri
- Jual kek , Cup Kek, atau apa jenis kek yang boleh dijadikan sajian pencuci mulut
- Perniagaan Coklat buatan sendiri,
- Perniagaan cenderhati dan doorgift
- Pelaburan Forex dan Saham- yang ini kena belajar dulu tak boleh sebarangan
- Jadi Broker, tak kira jual tanah ke, kereta ke, saham ke, rumah ke, tapi kena ada ilmu.
- Ejen unit amanah - tengah terdesak ada ke orang masih nak simpan duit + melabur.
- Perniagaan kraftangan berasaskan bahan terbuang dan rotan- yang ni mesti kreatif tau
- Penternak Ikan Hiasan, Ikan air tawar, atau pun ikan-ikan yang ada nilai komersial
- Penternak Ayam- tak kisah lah ayam kampung ke, bandar ke - luas pasarannya tau
- Penternak Kambing / Lembu - bila tiba musim perayaan, untung beb.
- Pelaburan dinar emas / Perak - yang ini perlu ada ilmu dan modal
- Penamaman herba - Jual bahan mentah, ataupun jual pokok herba- potensinya luas
- Pemborong barang daripada china - sekarang dah mahal sikit, untung pun dah tak banyak
- Jadi Ejen, kepada produk orang
- Jadi Dropshipper kepada produk orang lain - yang ini kena bijak IT tau.
- Perniagaan Percetakan - T-shirt, Cenderahati, Kad Kahwin, Kad nama, dan lain-lain
- Penulis- yang ini luas skop nya, boleh menulis buku, artikel majalah, penulis hantu
- Jadi tukang jahit - yang ini memang ramai kat kampung-kampung , tapi dibandar orang cina yang banyak buat.
- Freelancer - skop besar tau, korang boleh jadi jurugambar bebas, tenaga pengajar untuk kemahiran, tak kisah lah kelas memasak ke, menjahit ke, banyak lagi kerja-kerja freelance yang kita boleh terokai.
- Konsultan - yang ini pun banyak cabangnya, jika korang mahir bab pelaburan, boleh ambil lesen dan buat satu syarikat yang memberi nasihat tentang kewangan, banyak lagilah, biasanya bab konsultan ni orang tu mesti mahir dalam bidangnya
- Penjahit - macam-macam boleh buat jika korang memang mahir menjahit. peluang juga terbuka luas tau.
- Perancangan perkahwinan
- Perniagaan Kudap-kudapan - contohnya macam korang jual kerepek, biskut homemade
- Perniagaan E-Bay,
- Jadi pemborong barang-barang daripada cina
- Join Affilliate program - yang ini korang kena tahu teknik dan skill internet
- Bisnes di pasar malam - banyak barang yang boleh dijual, tapi cuma korang kena sewa tapak jelah kat majlis.
- Bisnes Bazar karat - yang ini best, bila sudah dapat tapak, korang tinggal jual barang-barang terpakai je.
- Perniagaan kecantikan diri, contoh SPA / saloon - sebenarnya kita boleh je buat di rumah atau walk inn call, mudah kan cabang perniagaan ni pun luas.
- Penulis Blog - okey, yang ini memang tak jauh beza dengan penulis artikel di majalah tu, tapi penulis blog ni lagi enjoy, sebab kita menulis bukanya terlalu formal sangat, macam blog ni lah, jika ada ramai followernya nanti, boleh lah sediakan tapak untuk peniaga-peniaga yang sudi mengiklankan produk mereka di blog kita nanti.
- Perniagaan air - yang ni pun mudah gak, kiranya jika tak ada tempat nak jual tu nampak sangat nak menipu,
- Perniagaan kuih-muih , contoh korang boleh jual pada waktu pagi ke, petang ke
- Jadi Agen hartanah
- Perniagaan kentang putar
- Perniagaan percetakan cenderhati
- Perniagaan waffle
- Jadi cikgu bahasa - yang ini tak kisah kalo korang mahir bahasa jepun ke, bahasa cina ke, boleh buat duit tau, jadi cikgu bahasa.
- Pemandu pelancong- kalo tak nak jadi cikgu bahasa, korang jangan nak mempersia-siakan kemahiran tu, dan jadi lah pemandu pelancong, wow, sambil menyelam minum air tu.
- Perniagaan diinternet - peluang perniagaan di internet memang terbuka luas, dan pelbagai, jika kita mahir dan ada sedikit ilmu memang mudah nak buat duit, tapi korang jangan nak fikir hari ini buat besok dah dapat beribu-ribu,
- Jual domain nama - apa tu domain name, kalo yang tak tau duduk diam-diam, yang tahu tu jangan nak lepas kan peluang ini
- Designer - ohh, bidang pengiklan ni banyak mencari designer yang freelance, jadi kalo korang benar-benar kreatif cubalah cari job ini
- Bisnes buat blog atau pun website
- Jadi tukang urut - yang ni kena berhati-hati, ada gak tukuang urut ke lain.
- Buat duit dalam bidang pembersihan
- Tukang paip
- Pemandu teksi / Uber / Callcab
- Mekanik / foreman
- Jadi Tok Mudim bagi lelaki tau
- Tukang sembelih ayam - yang ini pun korang kena ada pengetahuan
- Ajar seni bela diri
- Penasihat Kewangan peribadi
- Web developer
- App developer
- Service Komputer
- Pelatih senaman
- Pakar Motivasi
- Penghapus haiwan perasok
- Mengajar orang memasak, mengemas rumah,
- Jadi kartunis
- Homestay / sewa bilik
- Sewa Rumah
- SEO consultans
- Kauseling
- Pemandu Pelancong
- Interior Designer
- Lanscape Designer
- Personal Shopper
- Doktor Haiwan
- Hotel Kucing
- Pengasuh haiwan - biasa yang ini untuk anjing
- Software Developer
- Pengacara Majlis
- Pengawal peribadi
- Penyiasat pesendirian
- Sewa tanah
- Refleksologi
- Jadi Badut / magician / - untuk hiburkan kanak-kanak
- Jadi mak andam
- Pembaiki barang elekrik
- Pengedar Risalah
- Jual Kucing Import yang bulu lebat tu
- Jadi Dropshiper
- Broker saham
- Jual Pokok laman / hiasan
- Jadi pakar import / pakar Eksport
- Menjual Buku terpakai
- Menjual baju bundlle
- Penulis pemasaran
- Bisnes Jeruk
- Bisnes dalam industri pelancongan
- Jual bunga-bunga hiasan
- Tukang kasut.
- Tukang mandi haiwan peliharaan
- Buka Agency lakonan, tarian
- Mengajar kanak-kanak mengaji al-quran
- Bisnes cakoi dan donnut
- Jual barang-barang recylce - contoh tin kosong, besi buruk
- Jual baju / tudung
- Sewa tapak untuk orang lain melakukan jualan.
- Jual pokok bonsai / kaktus dan lain-lain pokok yang ada nilai komersial
- Jadi bomoh penghalau hantu
- Jadi orang yang mahir setru rumah baru
Sebenarnya banyak lagi tau yang korang dan kita semua ni boleh lakukan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jadi yang aku listkan diatas tu, mugkin kalo kita btul-betul buat boleh jadi besar tau.
2 ulasan:
Hai.. Cakk..
done follow sini no 22
Jom berkenal kenalan kita..
Sudilah kiranya follow teman yea..
http://tengkubutang.blogspot.my/
kalau minat kucen.. boleh follow sini juga
http://kucenkucenbelog.blogspot.my/
cantik blog awak.. kemas
Catat Ulasan